LAMBANG & COGANKATA PASUKAN




Lambang dan Cogankata Pasukan.  Lencana pengenalan yang menjadi identiti pasukan ialah merupakan lencana berbentuk kenderaan RPZ Condor, dibelakangnya terdapat raifal bersilang dan tertera perkataan ‘MEKANIZE’ pada bahagian bawahnya.  Pemakaian lencana ini adalah bagi menimbulkan rasa kebanggaan yang identiti tersendiri bagi warga penggempur 19 RAMD Mek sebagai pelupur Batalion Infantri Mekanize di dalam Tentera Darat Malaysia.  Selain itu, ia juga merupakan simbol kejayaan pasukan ini semasa berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia.  Cogan kata pasukan ini adalah ‘TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA’ yang membawa makna seperti berikut:

a.         TEGAK TEGUH.  Bermaksud semangat yang sentiasa utuh seiring dengan kekuatan jasmani dan rohani yang kukuh yang membolehkan setiap warga mampu berjuang dalam apa jua keadaan.


b.         GAGAH PERKASA.  Bermaksud sifat-sifat tangkas yang wujud di dalam setiap jiwa warga pasukan akan membentuk satu angkatan yang mempunyai sifat keperkasaan yang terbilang.