Ragaan Pasukan.
Replika sebuah kenderaan berperisai jenis RPZ Condor Twin GPMG, yang
dinamakan ‘AZNAN’ merupakan Ragaan Utama bagi Batalion Ke 19 RAMD
Mekanis. Replika ini merupakan simbolik kenderaan yang bernombor daftar ‘ZA
9341’ yang dipandu oleh Allahyarham Prebet Mat Aznan bin Awang yang telah
terkorban di dalam pertempuran di Bakara
Market pada 3 dan 4 Oktober 1993 semasa penugasan Misi UNOSOM II di bawah
Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia. Semangat juang yang
tinggi, sikap sanggup berkorban dan gagah berani yang ditunjukkan oleh
Allahyarham melambangkan juga semangat yang ada di dalam jiwa semua warga
Batalion Kesembilan Belas Rejimen Askar Melayu DiRaja Mekanis. Di samping itu
juga, kenderaan berperisai ini melambangkan semangat kental, tidak mudah
menyerah dan sanggup berjuang di dalam semua keadaan yang mencabar. Berpantang
maut sebelum ajal akan terus menjadi warisan pegangan bagi setiap penggempur
pasukan ini. Ragaan Utama ini
telah dibuat pada 21 April 2002 dan ia telah disiapkan pada 21 Jun 2002. la
merupakan ilham dari Pegawai Memerintah yang ke 14 iaitu Lt Kol Zainal Abidin
bin M. Said (3002020) dan ianya telah dibuat oleh 61 Wksp Mekanis. Kos
pembuatannya adalah berjumlah RM 1,500.00 dan ia telah dibiayai oleh Tabung
Kebajikan Rejimen. Ianya diperbuat daripada tembaga yang berukuran 40 cm
panjang, 17.5 cm lebar dan 18 cm tinggi. Berat Ragaan Utama ini adalah 10 kg.