PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI



Penganugerahan Panji-Panji. Batalion ini telah dianugerahkan Panji-panji Rejimen pada 26 April 1997. Panji-panji adalah lambang kecemerlangan pasukan ini telah dianugerahkan oleh Kol Yang DiPertua RAMD Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertempat di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Pegawai Panji-panji yang diberi Penghormatan ialah Lt Muda Rosidi bin Mat Saad (3006036). Pegawai  Memerintah pada ketika itu ialah Lt Kol Mohd Perang bin Haji Musa (3000095) dan SMR ialah 1039716 PW I Mustafa Kamal bin Jamil. Sebagai menghargai pengurniaan dan tradisi pasukan, Panji-panji akan diarak keluar pada setiap tahun bagi tujuan dipertontonkan kepada semua warga pasukan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Pasukan atau perbarisan istiadat tertentu yang memerlukan penglibatan Panji-panji berkenaan.