PERBARISAN ULUNG PEG MEM 19 RAMD (MEK) YANG KE 23


SUNGAI PETANI:  Satu perbarisan khas sempena Perbarisan Perintah Ulung Pegawai Memerintah 19 RAMD (Mek) yang ke 23 telah diadakan pada 18 Jan 2017 bertempat di padang kawad pasukan. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk padang. Ketua perbarisan yang telah dipertanggungjawabkan ialah Pegawai Gerakan Mej M.Khairi bin Hashim manakala Ajutan perbarisan ialah Lt Mohd Jazrin bin Che Jamal dan SMR perbarisan ialah PW 1 Razali bin Mohamadon@Hussein. Dalam ucapannya, Pegawai Memerintah Lt Kol Ridzwan bin Abdul Majid berharap agar para penggempur mekanize dapat melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan efektif serta memberi kerjasama kepada beliau sebagai pemerintahan 19 RAMD (Mek) yang baru.