SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 19 RAMD (MEK)




Sungai Petani – Satu lagi sejarah pasukan ini telah dicoret, Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) telah berlangsung pada 16 Jan 2017 bersamaan 17 Rabiulawal 1438H bertempat di padang kawad pasukan.

            Lt Kol Ridzwan bin Abdul Majid merupakan Pegawai Memerintah ke-23 yang telah dilantik dan diberi mandat oleh Pemerintahan Tertinggi Tentera Darat untuk menerajui tampok kepimpinan pasukan ini. Beliau seorang yang tegas dan seorang yang komited terhadap tugas yang dijalankan disamping tidak asing lagi dikalangan warga XIX Mekanize.


            Lt Kol Ridzwan bin Abdul Majid dengan rasminya telah mengambil tugas sebagai Pegawai Memerintah 19 RAMD (Mek) daripada Penolong Pegawai Memerintah Mej Mohamad Rizal bin Saad.  Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pegawai Staf 2 Sel Promosi di Cawangan Sumber Manusia MK-TD.



            Perbarisan serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Ketua Staf Am Markas 4 Bgd (Mek) Lt Kol Abd Munir Abd Rani, warga pasukan, ahli-ahli BAKAT dan warga veteran yang pernah berkhidmat di 19 RAMD (Mek).